Friday, October 15, 2010

Ich bin Glücklish! ♥

I.

"Kau akan berhasil dalam setiap pelajaran,
dan kau harus percaya akan berhasil,
dan berhasillah kau;
anggap semua pelajaran mudah,
dan semua akan jadi mudah;
jangan takut pada pelajaran apa pun,
karena ketakutan itu sendiri
kebodohan awal yang akan membodohkan semua"
-Pramoedya Ananta Toer-

***
Walaupun aku tahu, tak semudah itu, bahasa Deutsch untuk beramah mesra dengan ku. Perlukan semangat juang dan kesabaran yang cukup tinggi. Dan tidak semudah itu juga untuk aku berputus asa menguasaimu, Deutsch. Menguasai rentak dan lenggokmu yang hakikatnya berbeza dengan yang kubiasa. Menguasai nahu dan sebutanmu yang begitu asing, begitu asing buatku. Bunyimu aneh, tak terbiasa kedengaran. Akui mereka, Deutsch bahasa sukar. Namun, itu tidak akan me'limit'kan cita-cita aku untuk cuba menguasaimu,

Sepenuh dayaku, sepenuh mampuku.

***
II.

Liebe readers, ♥
Halo! Salam sayangs semua. Yep, bertemu kita kembali ke siaran yang sama, medium yang sama. Apa khabar semua? Sehr gut? Bagus, baguslah tu. Formal pula ai kedengaran. Uhuk-uhuk-uhuk. Ich bin sehr Glücklish sekarang. Yep, happy. Haruslah sentiasa happy-happy dalam hidup, barulah awet muda cam ai. (memang dalam blog ni, ai perasan tak habis-habis kan. tak sedar diri muka comot habis. Uhuk-uhuk-uhuk ♥)

Alright, hari itu hari jumaat. Ada test Deutsch. Sebab tu asyik-asyik belek-belek notes hafal tentang Das, Der, Die. hmm, artikel deutsh tu. Siyes kot, banyak benda kena hafal contohnya die Lampe, das Fahrrad, das Handy, der Drucker, die Schere, der Herd and banyak lagi lah.Pendek kata segala benda seumpamanya macam kena hafal artikelnya. Cuak kot, walaupun test sekadar Mrs Smolla nak tahu tahap penguasaan dalam Deutsch. But, haruslah buat yang terbaik. Barulah terbaik dari ladang gitu. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥

Tapi yang sonoknya, tunggu punya tunggu depan kelas kat Accadis. Mrs Smolla tak muncul-muncul pun. When ai called her, she tak answer, masuk mailbox. Sekali tu, terserempak ngan Jenny and Liisa, our Finland friends, actually dah janji nak keluar petang lepas habis kelas Deutsch lepak-lepak kat Bad Homburg ngan diorang. So, Mrs Smolla tak kunjung-kunjung tiba, mengikut ISO kat Malaysia kan, setengah jam lecturer takde, dah boleh balik kan? (sesuka hati ai je. Hehe~) So, class takde, apelagi, kita lepak-lepak sekarang lah, apsal nak tunggu petang kan? hehe~ :) ♥

Jalan-jalan, perut lapar, apelagi, lunch lah kat Nordsee, tak gitu? Hehe~ Fara, Liisa dan Tia sedang menikmati hidangan tengah hari. Ai like Fish! Yeah! ♥

Me and Jenny. Jenny tiru-tiru ai tu buat peace-peace tu. hehe~ Syabas, Jenny, anda mampu melakukannya! Yeah! hehe~ :) ♥

Pastu kami singgah HugenDubel. Kedai buku kat Bad Homburg tu sebab Liisa and Jenny nak cari buku. Ai plak dapat grab kamus Deutsch -English yang comel ini. Omel-omel kan. Senang dibawa kemana-mana. Boleh lah belek-belek kat dalam supermarket ke kalau nak beli barang, Yep, kat sini kebanyakan produk dalam bahasa Deutsch, so, bagi mengelakkan tersalah beli barang seperti yang telah terjadi kepada Ctie Yukiko, nak beli pelembab muka terbeli cleanser plak. Uhuk-uhuk-uhuk. :) ♥

My deutsch dictionary/ wörterbuch. :)

III.

Balik rumah, dapat bergayut dengan mama dan abah. Setiap kali gayut dengan diorang, macam terasa ada suatu kekuatan telah disuntik secara automatis. Ber'blume-blume' hati secara mendadak. Itu yang bila Mrs Smolla call untuk datang rumah nak bagi Hausaufgaben tu leh lagi relax-relax je. Kerja rumah Deutsch tu, wey, ingat hari jumaat dah cancel class, sesuka hati je wochenende takde kerja rumah. Kat sini, lecturer tak bagi can langsung, datang rumah siap tu nak bagi kerja sekolah tau. Tapi ai relax-relax je, sebab ape nak tahu. Sebab...Mrs Smolla ajak tengok wayang dengan dia, her daughter and niece malam tu! yeah! So, ape lagi lepas siap-siap solat maghrib semua. Um nach sieben, Mrs Smolla pun datang bagi kerja sekolah dan bawa ai ngan Ctie Yukiko ke Kino/Cinema.

Sebelum masuk wayang, haruslah ada sesi penggambaran kan. Hehe~ ♥

Biasa aje Kino nya, kat Friedrichsdorf ni je. Cinema keluarga ataupun cinema pekan kecil gitu. Tapi tix harga 5 euro. Mrs Smolla belanja. Hehe~ :) ♥

Ai bersama cikgu Deutsch, MrsSmolla dan family, menonton wayang filem dalam bahasa Deutsh. (yeah! padahal dalam hati, menggelabah jugalah ya ampun, jangan aku tertidur sebab tak faham sepatah haram, sudahlah. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥)

We ol tengok cerita ni lah! Verlobung Auf Umwegen/ Leap Year. Boleh lah tahan, walaupun faham pun sikit-sikit. yang basic-basic fahamlah. Mane de subtitles, so kena hayati betul-betul. Tapi romantisch-romantisch tu terkesan gak lah kan. Hehe. Jiwa-jiwa betul lah ko ni Erinn. But, ada satu perkara yang sangat pelik, nak-nak time 'touching-touching perasaan' tu, yep ai tahu tu part touching walaupun dialognye memang ai tak faham langusng, jadinya impak pada ai tu agak kurang lah kan. But ai pelik lah, orang sebelah ai (Ctie Yukiko) leh nangis tersedu-sedan lagi tu. Tak ke pelik. Hebat tul, macam benar-benar faham cerita tu. Emosi-emosi. :) ♥

kaylah-kaylah,
entri pendek,
penat dah sebelum ni tulih panjang-panjang.
kasi rehat sikit ini keyboard okay.
Tschüs!

***

-♥-

to be continued...

Regards,
Erinn Zos.

4 comments:

  1. bestt bce blog akak ni. boleh kn syaza jd follower akak.? :)

    ReplyDelete
  2. Liebe Syaza,

    Boleh-boleh.
    Sila-silakan.
    Danke ja! :)♥

    Regards,
    Erinn Zos

    ReplyDelete
  3. thx kak. ;)
    kalo akak ade mse,akak follow la blog syaza k.? kalo xfollow pon xpe.. syaza xkesah.. blog syaza pon simple sgt. xde citer yg best.. blog budak2 la katekn.. hihi. :D
    truskn update blog slalu k kak.? suke bce coretan2 dari akak. byk yg berguna. ;)

    ReplyDelete
  4. Liebe Syaza,

    thanx for following me. InsyaALLAH.
    Alah, blog tak seberapa ni je. :)
    Uhuk-uhuk-uhuk. :)

    InsyaAllah, will update always. :)
    Thanx for reading ya! Danke~

    Regards
    Erinn Zos

    ReplyDelete