Monday, October 11, 2010

Ich bin Berliner, baby! Well, Willkommen in Berlin! (Day 1)

I.


"I wanted a perfect ending.
Now I've learned, the hard way,

that some poems don't rhyme,
and some stories don't have
a clear beginning, middle, and end.

Life is about not knowing,

having to change,

taking the moment

and making the best of it,

without knowing what's going to happen next.

Delicious Ambiguity."

- Gilda Radner -




Berterus-terang, menjadi terkenal bukan keutamaanku.
Jika kau amati dan tatapi, aku cuma mahu berkongsi secebis memori untuk diingati dan terpahat dihati.
Bukan untuk memperoleh kadar viewers yang tinggi.
Aku mahu kamu-kamu-kamu pembaca hormati, hayati, hargai bahawa setiap perjalananku, menurutku adalah ibarat mimpi-mimpi menjadi realiti.
Tidak pernah aku bayangi selama ini, untuk menjadi nyata seperti ini.
Gadis kecil upaya dan daya ini, hanya punya impi-impi kecil selama ini.

Oleh itu,
perjalanan dalam 'mimpi-mimpi' ini,

aku perlu catati dan kongsi.

Dan...

mensyukuri.

Selalu. InsyaALLAH. ♥


II.



Orait, pujangga banyak-banyak pun tak guna kan. Salam semua, kawan-kawan, pembaca-pembaca senyap semua. (Ai tahu banyak kan pembaca senyap. It's okay ai tak kisah pun. Teruskanlah baca senyap-senyap, sebab mungkin lepas ni, ai bakal privasikan blog ni. Masa tu, memang senyap teruslah jawabnye. Hik hik hik, Ape dah ai ni.) Okay-okay, actually ai nak cerita pasal trip ke Berlin ni. Sila dengar. Ekh silap, sila baca baik-baik. (alah, bukan yu ols nak baca pun, nak tengok gambar je kan. kan. kan. Siap de request suruh buh-buh pitcha banyak-banyak. aiya!) Atas ni gambar ai, Tia dan Ctie Yukiko ngah tunggu kat Seulberg train station pagi-pagi buta ni dalam kul 5 am ni. Semangat wey! Hik hik hik~ :) Siap bawak fail tu letak dokumen. (padahal letak tiket print online je tu. Tu pun print kat Accadis. free. hik hik hik) ♥


Dari Seulberg ke Frankfurt Hauptbanhof. Sejuk gak pagi-pagi ni. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


Tukar train ICE. Laju train ni. Tu yang bangga siap tangkap-tangkap gambar ni weyy, Sebab orang ada-ada je naik train ni. Selamba je ai berlagak gile. Hik hik hik~ (padahal beli tiket promosi je kami ni. dapatlah murah sikit.) Berkilat train. Auw-auw-auw. ♥



Tia dan Ctie Yukiko. Muka semangat gile ye nak gi Berlin. Sabar-sabar ye. :) ♥


Ai ngan Fara plak cam pasangan romantis yang baru kawen. Tetiba geli anak tekak weyy. Haha! apsal lah kita wat aksi ni kan, Fara. Lawak-lawak. Rasa loya-loya agi ni tengok pic ni. Hik hik hik~:) ♥


"The most important thing is to enjoy your life

—to be happy—
it's all that matters."
-Audrey Hepburn-



Dalam train, marilah kita membaca buku panduan Germany yang telah diberi pinjam oleh Adie agar kita tak tersesat jalan nanti. Ekh-ekh orang suruh baca bukan suruh tutup-tutup lagu tu. aiya. ♥

Amik ko, semua ai bawak. Nasib baik tak bawak laptop bagai. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


Snap-snap kat luar semasa train berhenti seketika di Erfurt Haupbanhof. Kawan-kawan, Erfutr ini merupakan capital city of Thuringen State ye kawan-kawan. Thuringen ni adalah salah satu negeri Germany. Untuk makluman tuan-puan sekalian, Germany mempunyai 16 negeri. Ai pula duduk di Negeri Hessen. :)


Teruja tengok menatang ni kat tepi jalan.
Wow! Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


"...The most important reason
for going from one place to another
is to see what's in between,
and they took great pleasure in doing just that."
-Norton Juster (The Phantom Tollbooth)-


Lepas tu kami kena tukar train di Leipzig Hauptbanhof untuk ke Berlin. Ada je yang direct punya tapi sebab masa kami bertolak tu terlalu awal kot, tu yang terpaksa kena tukar-tukar train tu. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥

II.

Berlin Hauptbanhof. ♥


"Everything you can imagine is real."
- Pablo Picasso -




Dalam Hauptbanhof Berlin.♥


Luar Hauptbanhof Berlin. ♥



"Life is a journey,
not a destination."

-Ralph Waldo Emerson-



Bergambar kenang-mengenang bersama Tia dan Fara di hadapan Hauptbanhof Berlin. ♥

"It's the possibility of
having a dream come true

that makes life interesting."
- Paulo Coelho -
(The Alchemist)




Daripada hauptbanhof tu kami walk-walk je ikut orang ke tempat-tempat menarik. Yang bestnya, dekat-dekat je tempat tu. So, memang sonok lah juga. Ini depan bangunan putih ni, actually ai pun tak tahu ape nama bangunan ni. Erinn, permulaan yang sangat tak bagus. Apsal lah forgetful sungguh ang ni. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


Okay, jalan lagi. Kita akan nampak Reichstag. Reichstag ini adalah bangunan Parlimen German. Hehe, ni ai ingat lah. hik hik hik~ Besar tersergam tu. Dari jauh dah nampak. ♥


Gambar atas rumput haruslah ada kan. Barulah ala-ala Eropah gitu! Hik hik hik :) ♥

Lagi.♥


Dan lagi. Okay, cukup.

"I've been lucky.
Opportunities don't often come along.
So, when they do, you have to grab them."
-Audrey Hepburn-




Bersama kawan-kawan pula. Berempat lebih baik, tak gitu. Uhuk-uhuk-uhuk. :) ♥


Posisi lain plak. Ctie Yukiko usha-usha kasut boot ai lah tu. Hik hik hik~ :) ♥


Reichstag dalam black and white. ♥


Dem Deutschen Volke. :)


Reichstag dalam pandangan mata ikan.♥



"The secret of life,
though,
is to fall seven times
and to get up eight times."
- Paulo Coelho (The Alchemist)-


Memang dah jadi hobi lah menghitam putihkan bangunan kesukaan. Hik hik hik~ :) ♥


Lagi. ♥


Dan lagi. ♥


"Masa terbaik dalam hidup seseorang
adalah masa ia dapat menggunakan

kebebasan yang telah direbutnya sendiri."
- Promoedya Ananta Toer -



Takde orang. ♥


Ada ai. Hik hik hik~ :) ♥



"I believe in being strong
when everything seems to be going wrong.
I believe that happy girls are the prettiest girls.
I believe that tomorrow is another day,
and I believe in miracles"
- Audrey Hepburn -


The famous Brandenburg Gate. Chantek. Suke tengok. Ngee~♥


Kalau tengok kat duit syiling Euro, ade gambo The Brandenburg Gate ni. :) ♥


Okay, kawan-kawan, landmark Berlin ni jadi simbol reunified German selepas perobohan Berlin Wall. ♥


Bus berupa begitu memang banyak di Berlin. Lebih kurang cam Hop on Hop off lah. Tapi, mahal je ai rasa. Better jalan kaki ye kawan-kawan. Leh exercise pecahkan lemak lagi. ♥


Antara tugu di Berlin.♥


Alah, slack lah tetiba ada reconstruction pula kat sebelah. Potong steam betul lah. Uiks. :) ♥


Jalan-jalan jumpe Humboldt University of Berlin, universiti terawal di Berlin. Dengar-dengar, dulu, Albert Einstein pernah jadi professor kat sini. Karl Marx pun pernah attend universiti ni. :) Kebetulan pada hari tu, depan Universiti ada jualan buku murah-murah. Tapi. Dalam bahasa Deutsch lah. Uhuk-uhuk-uhuk. Kalau dalam bahasa English dah lama ai gigih jenguk-jenguk. ♥ :)


Monumen Alexander von Humboldt, antara pengasas universiti. :)

Sakit kaki jalan pun steady lagi. Ni lah namanya semangat yang fuiyoh-fuiyoh gitu. Hik hik hik~ :) ♥

"Orang bilang
ada kekuatan-kekuatan
dahsyat
yang tak terduga
yang bisa timbul pada samudera,

pada gunung berapi

dan pada pribadi yang
tahu benar akan tujuan hidupnya."

- Promoedya Ananta Toer -



Jalan lagi, nampak gerai-gerai tepi jalan, jual macam-macam. Banyak yang ai nampak jual barang-barang artisitik dan keseniaan lah. Lukisan berlambak gile. Chantek-chantek. Nak beli. Tapi memandangkan Euro kat tangan cuma cukup-cukup makan je. Hmm, lepaskan je lah hasrat itu. So, sempat grab keychain dan magnet fridge je. Itu je lah yang mampu. Uhuk-uhuk-uhuk. :) ♥


Gerai-gerai semua tu sebelah river ni je. Ape ya nama river ni, jap ai recall balik. Hah, Spree River. :) Sedap mata memandang. Tetiba ada perasaan romantisch tetiba. Aiya. Kalau river bagai je tetiba muncul perasaan tu. Terbawak-bawaklah ko ni Erinn. Uhuk-uhuk-uhuk. :) ♥


In front of the Berliner Dom, antara landmark famous Berlin juga ni. ♥


Yang ni namanya Altes Museum. Sebelah Berliner Dom. hah, siap ade orang terbaring lagi kat atas rumput tu. Jemur-jemur lah tu. hehe. Actually, banyak museum kat sini sampai dipanggil Museum Island sebab terletak antara Spree River dengan Kupfergraben. ♥


Poyo-poyo kat S-bahn Bradenburger Tor. Tayang-tayang tiket ape motif tak tahu. Hihi.♥


Wir sind kaputt!!! ♥


Dah kaputt-kaputt ape lagi, cari hostel lah tuk menginap. Kami dah book awal-awal dah. Hostel kami tu terletak berhampiran Tummstrasse. Agak terpencil gaklah. Tapi nak wat camne. Ini jelah yang kami mampu. 12 Euro seorang semalam. 4 orang satu bilik. Okay lah kan. :) Pas rehat-rehat, sembahyang-sembahyang semua. Macam petang-petang sikit, ai dan Fara pun keluar lah. Ctie Yukiko macam nak demam, jadinya nak rehat-rehat kat hostel. Tia pula nak temankan Ctie Yukiko. Sian Ctie Yukiko. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


Keluar-keluar konfiden naik bus. Ai nak ke Hauptbanhof. Tapi, driver tu salah anggap ingat ai nak ke U-bahn. Aiya! Cakap ayam ngan itik memang jadi camni lah. So, berhenti je ai keluar, tetiba jumpa bangunan my future workplace. PWC Berlin. (berangan je. Hik hik hik). Apelagi, teruja lah. Wah, budak 'kira-kira' yang tak bertauliah lagi memang camni. Sering teruja kalo big-big firm ni. Hik hik hik~ :) ♥


Tapi last-last sampai juga kat Hauptbanhof. Alah, sesat tu jangan risau lah, pasti jumpe semula. Nasib baik ada skill bahasa Deutsch mentah. Nein, Danke. Ja, Bitte. (Uiks). ♥


Sampai hauptbanhof, naik train ke Brandenburg Tor. Fuiyoh-fuiyoh! Malam chantek gile! Sejuk memang dah gigit-gigit kulit dah. Tapi hilang semua tu, bila lihat Brandenburger Tor malam-malam. Selamba aje ai ngan Fara ni redah malam-malam berdua. Anak dara tak baik keluar sampai malam-malam camni. Tapi, peduli apa. Pengalaman harus dikutip sebanyak mungkin. Yeah! Semangat! :) ♥


Bradenburger Tor
. Malam.
Indah, tak terperi. ♥


Pastu, niat dihati kalau sempat nak masuk Madame Tussaud ni. alah, macam wax museum lah gitu. Tapi, dah tutup pula. Takpe lahh snap-snap kat luar pun jadilah. Euro pun save lah juga. Alhamdulillah. Hik hik hik~♥


Madame Tussauds, Berlin. ♥


Jalan lagi jumpe kedai kereta idaman plak. Ape lagi, haruslah bergambar-gambar perasan depan bakal kereta kan. Hik hik hik~ :) ♥


Hah, ini memang tahap sejuk gila dah ni masa sampai kat depan Berliner Dom ni. Tengoklah ai senyum pun dah tak cam ikhlas je. Sejuk! plus, sesak nafas lagi. Dah ajak-ajak Fara dah waktu tu, jumslah sayang, kita duduk-duduk minum coklat panas kat McCafe ke, please sayang, please.


Pastu apelagi, berhenti kat McDee berhampiran pesan coklat panas. Fuh, lega rasanya dapat warm-warm kan badan.♥


Senyum gembira menikmati Coklat Panas dan Doner beli kat Kedai Turkisch di Hauptbanhof. ♥


"Dreams nourish the soul
just as food nourishes the body.
The pleasure of the search
and of adventure feeds our dreams."
- Paulo Coelho -

Selepas ngap-ngap, minum-minum semua, ape lagi, haruslah meneruskan perjalanan kan. Dan, akhirnya kami sampai ke Alexander Platz. Yeah! Sonok juga lah malam-malam, jalan-jalan camni walaupun sejuk dah gigit-gigit kulit, cucuk-cucuk tulang-belulang. ♥


Pastu, kat situ cam ada markt jual-jual. Hah, biskut-biskut camni memang famous lah kat Germany ni. Very-very German. Boleh buat gantung-gantung. Hiasan-hiasan camtu. Ada sedikit niat nak beli, tapi bila fikir-fikir balik kalau balik Malaysia, bersemut plak nanti. Kalau kat Germany ni takpelah. Setakat ni tak pernah jumpa semut lagi. Huhu. ♥


Shawl-shawl bagai pun ada jual. Memang ai takleh tengok selendang-selendang ni, rasa nak borong je. Tapi, harga nya agak mahal lah. Sehelai selendang je dah boleh cecah 20 Euro . So, simpan je lah hasrat tu. Balik KL, borong lah kat Jalan TAR sampai lebam. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥


Suasana malam di Alexander Platz. dan sebelah kiri gambar tu adalah the Weltzeituhr/World Time clock.


From Alexander Platz tu kami balik ke Hauptbanhof pakai train S-bahn. Fuh, penat tak terkata. Tapi seronok gila journey di negara orang ni. So, dari Hauptbanhof tu ai naik bus ke TummStrasse untuk pulang ke hostel. Yang kelakarnya, kami salah bus stop, berhenti jauh gila dari hostel. Jalan memang lenguh lah. Sunyi pula tu jalan tu. Cuma berbekalkan ayat Kursi, jalan laju-laju, diam-diam. Akhirnya sampai ke Hostel.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ♥


III.



"Be careful what you water your dreams with.
Water them with worry and fear
and you will produce weeds
that choke the life from your dream.
Water them with optimism and solutions

and you will cultivate success.

Always be on the lookout for ways

to turn a problem into an opportunity for success.

Always be on the lookout for ways
to nurture your dream."
- Laozi -




To be continued,

Regards,
Erinn Zos


4 comments:

  1. siss!!!!!
    ICE baru je introduced, xsilap ikin last month, kan?

    mahal gilaaa ICE, bilalah Malaysia nak ada ICE. fuh fuh. :D

    sis, have a good time there! may Allah jaga youu!

    ReplyDelete
  2. Ameerah,

    Thanx for reading.
    Yups, chantek tempatnye. :) ♥

    ReplyDelete
  3. Shikin,

    yups, ICE train mahal kat sini. InsyaALLAH, tak lama lagi ada lah kot kat Malaysia. beberapa tahun lagi. hik hik hik~ :)

    Shikin, doakan sis selalu ya. Semoga Allah pegang sis selalu. :) ♥

    ReplyDelete