Friday, October 1, 2010

30 Jahre Accadis Bildung. Apelagi, parti. Lagi. ♥

I.


Ya, kadang-kadang aku tahu,
sukar untuk aku membuka apa yang terbuku,
Tipikal aku, yes, aku akui itu.
Tipikal aku juga, aku suka pendam-pendam,
peram-peram sampai lebam,
Ya, kadang-kadang aku sedar bila kita terlalu mahu melakukan banyak perkara dalam satu masa, mahu mencapai lebih banyak impian dengan usaha dan masa yang sangat limitasi, ada banyak perkara yang secara tidak sengaja boleh diterabaikan.
Jadi, fahami, jika ianya menampakkan perubahan ketara. Walaupun, sepenuh hati aku tidak rela dan redha ianya berlaku. Tolong jelas dan fahami maksud aku.
Aku perlukan ruang dan peluang untuk memperbetulkan semula atas apa yang berlaku.
Aku cuba. Aku cuba. Aku cuba.
Namun jika usaha dan daya aku buat menemui titik kegagalan, aku mahu kau tahu, aku insan biasa. Tidak sempurna.
Begitu juga kamu.
Fitrah dan lumrah.

Entschuldigung/Apology/Maaf.

P/S : Ya, kau juga perlu tahu ini, bahawa kadang-kadang aku suka beremo-emo sebegini. Ianya menjadikan aku rasa lebih manusia dalam diri aku. ♥


II.



Bismillah.
Assalamualaikum semua! Hye-hye. Jumpa lagi ya kita. Alhamdulillah, umur masih ada lagi. Hargai. :) Entri kali ini, adalah tentang sambutan 30 tahun Accadis Hoschschule kat Accadis. Yes, so eksaited kami dijemput ke majlis tu. We were so honored! Actually, kami dijemput by email oleh Britta, international officer kat situ. So, ai plak reply, nak kena pakai baju ape. (Sebab takut tak memenuhi event je kot, alah, memang tipikal ko kan Erinn sikit-sikit nak pakai baju apa. Serius kot! Takut kot, kang silap ke hape ke, buat malu Malaysia je nanti. Hik hik hik~) pastu lega, sebab tak kisah, pakai baju ape-ape pun boleh. Hah, tu yang kami nak dengar. Maklumlah, masing-masing limitasi baju. haha! ♥


Lihat tu, omputih berblazer bagai. Segan pula jadinya. :) Britta ni dah mintak tolong dua orang student German bantu kami semasa upacara ni. Kotlah tak faham ke hape. Sebab conduct dalam bahasa Deutsch kot. Hik hik hik~ ♥


Sesi beramah-tamah dengan tetamu yang hadir. Depan-depan ni ada yang politician tau. ♥


Ucapan daripada Managing Parter of Accadis.


Ucapan daripada Mayor of Bad Homburg. ♥



Lepas ucapan-ucapan bagai tu, mulalah ada sesi Press Conference lah. Ada journalists dari Frankfurt datang temu ramah. Agak menarik juga lah. Tapi... dalam bahasa Deutsch. Memang lah faham gila kan. Uhuk-uhuk-uhuk. Alah, tapi tangkap lah sikit-sikit. Chewah, berlagak plak. Uhuk-uhuk-uhuk. Ada juga Mr. Christoph perkenalkan kami ni hah, fuh, muka tak tahan blush-blush kot. Tapi bangga pun ada lah sikit. Sikit je, yang lain rasa nak tekup muka ngan selendang orang sebelah. Hihi~ Lepas tu apa lagi, partayy lah. makan-makan. Amboi, mana boleh sebarang makan ye kawan-kawan. Nasib baik ada Mr. Saeed yang bagitahu kami mana yang boleh makan. Syukur Alhamdulillah. Perut pedih kot. ♥



Senyum bahagia dapat makan udang mentah. Tak faham ai. Uhuk-uhuk-uhuk. ♥.



Usha-usha telur ngan udang. Uhuk-uhuk-uhuk. Sekali omputih pakai bow tu pandang-pandang lah pula. Kantoi! Hik hik hik~ :) ♥



Dengan Fara. ♥


Tia dengan Ctie Yukiko. Aik, cam kenal je tudung. Hik hik hik~♥


Tia dan Erinn Zos. Adakah bunga dibelakang itu untuk saya? Please say yes, please. (Perahsan gile) Auw-auw-auw. ♥


“A journey is best measured in friends,
rather than miles.”
–Tim Cahill -


After tamat upacara tu, kami ada kelas Deutsch, Alah, suppose cuti lah juga kami kan. Time kelas bahasa Deutsch je rasa lembik-lembik tulang belulang. Tolong lah Deutsch, tolonglah be friendly sikit. Susah betul nak menguasai kamu ni! Aiya! ♥

Snap-snap dari level 2. Sesudah selesai. ♥

anyway,
Happy 30th year Accadis!
Kalau rajin-rajin nak visit-visit website nya leh lah ke sini ya!
Klik ini.


III.

Please.


Please
,
Janganlah cemburu,
di sebalik kemanisan
sentiasa ada insiden-insiden pahit
yang tak terceritakan!


IV.



Jika boleh aku terus tersenyum, bahagia, sampai bila-bila.
Jika boleh, aku terus mengukir senyuman ini untuk kamu,
dedikasi buatmu kesayanganku.
I know you like my smile, a lot kan?
aku akan tabah, duhai kekasih.
aku akan tegar,
dengan ingatanku yang masih segar, duhai cinta.
Ingin aku mencium tanganmu,
memeluk eratmu,
kehangatanmu masih terasa,
rindu ini makin berbisa,
Mama.




V.





"Ya Rabb,

Engkaulah alasan semua kehidupan ini.
Engkaulah penjelasan atas semua kehidupan ini.
Perasaan itu datang dariMu.
Semua perasaan itu juga akan kembali kepadaMu.
Kami hanya menerima titipan.
Dan semua itu ada sungguh karenaMu...

Katakanlah wahai semua pencinta di dunia.
Katakanlah ikrar cinta itu hanya karenaNya.
Katakanlah semua kehidupan itu hanya karena Allah.
Katakanlah semua getar-rasa itu hanya karena Allah.
Dan semoga Allah yang Maha Mencinta,
yang Menciptakan dunia dengan kasih-sayang
mengajarkan kita tentang cinta sejati.

Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita
untuk merasakan hakikatNya.

Semoga Allah sungguh memberikan kesempatan kepada kita
untuk memandang wajahNya.
Wajah yang akan membuat semua cinta dunia layu
bagai kecambah yang tidak pernah tumbuh.
Layu bagai api yang tak pernah panas membakar.
Layu bagai sebongkah es yang tidak membeku. "


- Tere Liye - Hafalan Shalat Delisa -





To be continued..

Regards,
Erinn Zos

No comments:

Post a Comment