Monday, September 27, 2010

Frankfurt, kali kedua. ♥

I.



***

"Beneath the makeup
and behind the smile

I am just a girl

who wishes for the world."

- Marilyn Monroe-


Macam yang pernah aku katakan pada kau, bukan. Aku hanya gadis biasa-biasa. Dari keluarga biasa-biasa. Hati pun biasa-biasa. Rupa pun biasa-biasa. Rasa pun biasa-biasa. Fikir pun biasa-biasa.

Namun, punya impian dan mimpi yang agak 'kurang' biasa-biasa.



II.


Assalamualaikum and hye everyone, bertemu kembali kita di blog yang sama, yang tak seberapa ini. Okay, ai kadang-kadang agak frust jugalah. Punyalah fikir-fikir-garap-garap-karang-karang-nulis-nulis-naip-naip untuk entri-entri blog ai ni. Tapi, tak ramai yang komen-komen pun. Sedih ahh. Tak fuiyoh-fuiyoh lah camni kan. Kebanyakan cam jadi silent reader sahaja. Ai pun was like "Takpe. teruskan untuk membisu. Jika itu yang kau mahu". Haha lebih kurang camtu lah ayat sadis nya. Akan tetapi, ai baru tersedar, terkedu dan terkesima lah. Ya ALLAH, salah ai rupanya sebab settings blog tak benarkan anonymous. Aiya! Maklumlah tak berapa nak pandai pasal setting-setting blog bagai ni. So, sorry kawan-kawan yang budiman semua. Sekarang kalo nak komen bagai, leh je lah. Yu just have to select profile and pilih anonymous. Okay, deal? hehe~ :) ♥



Peace dua jari tu menandakan kali kedua we ol akan ke Frankfurt ya kawan-kawan. Actually, we ol nak jumpe Rose dan Sofia, student UUM yang buat praktikal kat Matrade, Frankfurt tu. Depa nak balik 29/09 jadinya kami rancang nak pergi jumpa diorang sebelum diorang pulang lah ke tanah air tercinta. Okay, tetiba gambar kat dapur umah pun tak taw ni. ♥.


Picture dekat depan pintu umah ya kawan-kawan. Semangat nak pergi Frankfurt kot. haha! ♥



So, gi Frankfurt naik train dalam 20 minit dan jumpa Rose and Sophia ni kat Haubtbanhof. Pastu kami terus gerak ke arah sungai Main, dah sonok gile nak gi Floh Markt yang setiap sabtu kat tepi sungai tu. Tapi sayang sekali, takde pula waktu tu. Sedih gile. Mungkin sebab hujan ke hapa dan cuaca agak tak elok kot. That's what we thought lah kan. Uhuk-uhuk-uhuk. Pastu perut agak lapar, kami pun singgah makan kat Yildirim Brot. Makanan orang Turki kot. Yang pasti, halal lah. Hehe~ :) Nway, boleh tahan, agak sedap dan murah juga! Tapi yang penting sekali, kenyang! haha. ♥


yummy. :)



Makan haruslah style berdiri. Ntahlah trend orang sini kot. Ai pun agak pelik jugalah. Mungkin cepat hadam kot style tu. Uhuk-uhuk-uhuk.

Lepas makan tu, sekejap je bersama ngan Rose dan Sophia sebab mereka ada kerja sikit petang tu. Kami jumpa pulak Fing and CY, malaysians yang study kat Germany ni. Dan, seterusnya solat di masjid yang ada kat Frankfurt tu.




Terpencil sikit masjid ni. Ianya berdekatan dengan deretan restaurant halal kat Frankfurt tu. Walaupun kecil, syukur ada juga ruang tempat kami nak bersolat. Syukur Alhamdulillah. ♥



Pastu, apelagi. Shopping time! Yeah! Best jugalah shopping kat sini. But ai banyak window shopping je kot. Yang lain ni siap shopping bagai kat Zara lah H&M lah. Tgk Tia tu, berbeg-beg dia taw. Ai pula cuma target nak cari a pair of boots aje. Uhuk-uhuk-uhuk.♥




Jalan-jalan, tetiba nampak model bogel-bogel bagai kat satu shop ni. Gila seyy, terkejut kot. Tapi takdelah seksi-seksa sangat pun. Kami buat kerja gila pergi tangkap gambar dengan depa. Haha! Motif ape pun ai tak taw. Aiya! Cikgu yang mengajarnya CY lah. haha! Gurau je lah CY. hehe~♥


Dan lega, bila dah sampai rumah, saya dah dapat ape yang saya mahu. Tadaaa, Kasut but! Beli kat Gortz. Around 50 Euro. Uhuk-uhuk-uhuk. Bolehlah melaram-laram ala-ala PCK. Lalalalalalala~ ♥


III.


***

"Give a girl the right shoes,
and she can conquer the world..."
-Marilyn Monroe-

-♥-

To be continued...

Regards,
Erinn Zos

2 comments:

  1. macam best jerk tempat2 tu...letak lar bnyk lg gmbr...rasa mcm nak join juga jer...shopping n tgk orang german mcam maner...
    dun stop posting k..
    :)

    ReplyDelete
  2. Dear annonymous,

    Hye-hye-hye!
    Yups, seronok dan best.
    Orait, will do so, InsyaALLAH.
    anyway, thanx for reading my blog yang tak seberapa ni.

    Siapa ni nway? .Hihi~

    ReplyDelete