Tuesday, September 21, 2010

Bermimpilah. Kerana Tuhan akan memeluk mimpimu.♥

I.

Cerita seorang gadis.
Dia bukannya bijak
Dia bukannya cantik
Dia bukannya kaya-raya.
Seorang yang biasa-biasa yang amat. Very-very plain. Indeed, Tiada yang luarbiasa.
Cuma, si gadis hanya punya impian.
Dan hanya tahu untuk bermimpi.
Si gadis hanya punya mimpi-mimpi mainan,
Dan hanya percaya bahawa satu masa nanti, semuanya akan jadi realiti.
Doa adalah senjata. Sejurus dengan usaha, dia bertawakal sehabis baik, sehabis mungkin.
Rezeki, katanya. Rezeki. Rahsia Allah. Siapalah kita untuk menanya-nanyakan? Siapalah kita untuk mempersoal-soalkan? Bukan?

Dan, si gadis, yang biasa-biasa, yang hanya punya mimpi dan impian itu.

adalah aku. :)

II.

Cukup sudah jiwa-jiwa. Haha! hello sayangs, darlings ini blog yang dijanji-janjikan oleh ai. (amboi macam lah orang nanti-nantikan blog yang repeks-repeks dan rapu-rapu ni. kan. kan. Ai je perasan lebih plak. Uhuk-uhuk-uhuk). Sudah 5 days kat Germany. Memang banyak nak cerita. Tentang perasaan. Tentang keadaan. Tentang kawasan. Disini. Tapi disebabkan masa yang mengekang dan mencengkam lately, tak sempat nak update blog or status or whatever. Dan juga reply comments kat FB. I'm truly sorry, peeps. Si gadis sengal ni masih blur-blur kat sini. Rasa jet lag pun ada. Biasalah tu. biasalah. So. forgive me kan.

Entri pertama. Wow, macam susah nak tulis apa. Jadi writer's block pula. Malu pun ada nak tulis belog-belog bagai ni. Maklumlah. Selalu tulis sikit-sikit. Ni nak kena tulis panjang-panjang, rasa macam agak kekok. (poyo plak). Okay, cukup.

Untuk menarik kan blog ai yang tak tah hape-hape ni. ai kan ceritakan dan selit-selit lah pic sekali. Tapi siyes., kalau jumpa pic yang poyo-poyo tu, sila jangan muntah hijau merata-rata. Sediakan beg plastik or paper bag untuk muntah tu siap-siap, okay? Bagus tak idea ai? Hik hik hik~ :) and lagi satu, kalau ader terjiwa-jiwa sikit, harap maaf. Kat sini, tempatnya macam berjiwa, maksud ai suasananya sangat klasik dan romantis pun ada. So, kalau kekata tu agak jiwa-jiwa, inform ai. Leh ai tukar-tukar ke ala-ala genre rocks gitu (Oh sure bukan rock kapak) Haisy! merepek lagi. Okay. Cukup.

Mari kita mula, ready...1..2..3.. loading....


III

Semuanya adalah disebabkan rezeki dari Tuhan.

Akhirnya setelah kami tunggu selama setahun setelah menjalani interview, kursus dan juga IELTS. Dan juga settle visa. Akhirnya. Akhirnya. Pada 17 September 2010, ai dan Ctie Yukiko, Farah dan Teha menaiki kapal terbang berlepas ke Germany. Transit. Dari KLIA ke Amsterdam ke Frankfurt.




Masa berkemas-kemas siap humming lagu 'Leaving on a jetplane' lagi. Poyo! Untuk menambahkan kepoyooan, gambar buku dalam beg extra harus ada lah kan. kan. kan. kan. Sori, takde pic luggage ahh. Besar gedabak woo. Tu pun dah jampi-jampi suh muat-muat, oh beg sayang, tolong muat. Jangan aniaya tuan, tak baik. tak baik. tapi akhirnya nah ko, 25 kg tuh! Ape aku bawak pun tak taw. Tapi brader check in tu relax-relax sudah. So takde lah kena charge nya. Alhamdulillah.


Di ruangan menunggu KLM Royal Dutch Airlines bersama Ctie Yukiko yang omel-omel pinky dan ai pula ala-ala minah indo gitu! Uhuk-uhuk-uhuk.



Ini budget je nak baca buku ni mula-mula. Pastu ai duk layan movie je sepanjang masa. Tengok Letters to Juliet lah, Sex and the City lah, apelagi hah, lupe ahh! Pastu ai pun lupe ahh buku saya. Sebelah tu omputih encem, tapi tak borak apa-apa pun. lidah kelu. Speechless gitu. haha! ;)




Amik ko, orang tak pernah gi Europe lah katakan. Tix pun nak show off. Abis tu camne, setakat ni kalau luar negara pun yang ai gi adalah Indonesia dan Thailand. (Thailand tu wajiblah kot, dak UUM lah katakan. kan. kalau tak pernah gi tu memang tak sah lah kan. Tempat berjimba-jimba tu! haha!)


Our breakfast. hehe~ Almost 12 hours flight to Amsterdam. 2 meals dia bagi kat ai. Dinner and breakfast. Stewardess dutch yang chantek, tinggi lampai, ramping lagi langsing yang serve kami. Okay-okay, mula-mula dia yang tanya ai. "Miss, chicken or beef?". Ai pun gelabah gak lah kan and was like "Err..err..do yu have food for muslims. Err..ai mean halal food.". Dia senyum kat ai. Ai senyum kat dia balik. "Oh, don't worry! The food is halal," she told. Fuiyoh! Alhamdulillah. Kalau tak habis gastrik ai. Camne nak gi hospital dalam kapal terbang tu. Tak ke naya! Uhuk-uhuk-uhuk. :)


Dan, akhirnya ai selamat sampai ke Amsterdam. Syukur Alhamdulillah. lebih kurang pukul 5.45am kot. And yang lagi syukur, kat airport tu ada meditation room dimana kami semua sempat mendirikan solat subuh disitu. Alhamdulillah.



Sementara menunggu KLM Royal Dutch Airlines ke Frankfurt kul 8.20am, ape kata kita gambar ala-ala elegan sikit kat gate. Masuk omputih lagi tu. Menambahkan keelegan'an Erinn Zos kita ni weyy. (ape ai merepek pun tak tahu, okay, sila ignore aja. Dia dah start dah tu). Uhuk-uhuk-uhuk. :)


Tuhan, lindungi aku. Tolong lindungi aku. Permudahkanlah segala urusan aku. PadaMu aku berserah dan bertawakal. Amin.


Okay, airplane ke Frankfurt ni kecil je. Lebih kurang Air Asia. Dapat duduk sebelah Ctie Yukiko lagi. Masa ni perut pun keroncong-keroncong, asik lapar aje sepanjang perjalanan. Nasib baik ada roti yang sedap, enak lagi mengenyangkan dia serve. Layan je lah. (amik ko, siap cium-cium roti tu lagi dan muka macam tak sabar nak melahap. Adeh!) :)



Picture jiran sebelah harus lah ada kan. Kang merajuk pula kang. hik hik hik~ Fara, Teha say 'Moneyyyyy', please. ish ai suh senyum. Bukan suh sengih-sengih. Uhuk-uhuk-uhuk.



Gambar terapung-apung diatas awan harus lah ada juga kan. Syiok ah! Chantek awan-awan tu. Putih! rasa nak pegang lah je. Dan, tu, tu, tu. Frankfurt kan tu! See, dah nampak dah dia, yeah! :)



Dah mendarat. Siap pegang-pegang tangan Ctie Yukiko lagi ni. Maklumlah, ai kan jiwa kecil. Lagipun saje je nak manja-manja. (elleh, dahlah Erinn, orang tahu yu cuak! admit aje lah weyy. udah-udah lah berdrama swasta). :)

Yang beshnya, keluar-keluar airport, ada orang jemput tu. Jangan main-main. Sonok tu. Rasa lah macam orang terhormat gitu. haha! ai kiddo je. Christoph Kexel, omputih dari accadis jemput kami. Selain itu, Rose, student UUM yang praktikal kat Matrade Frankfurt pun sanggup turun jumpa kami! Yeah! Terharu gile weyy. and yang beshnya, dua orang Malaysian students pun tunggu kami kat situ. Hafiz and Adie, Thanx a lot! Danke! Act, hafiz tu ai dah contact dah thro email sebelum berlepas ke Frankfurt. but member dia, Adie ai baru kenal lah kat situ. :)



Christoph terus bawa kami ke Bad Homburg. Kat Youth Hostel di Bad Homburg, to be more specific. (betul, ai duk sebelah dia. Yang lain masing-masing dah chup duk belakang. Terpaksa lah ai yang dahlah pemalu, pendiam, sopan santun ni duk sebelah dia. Adil giler kan. Hik hik hik~ Siap yu ols! :)




Suprisingly,
Christoph kata kat Germany ni road die takde speed limit. So kalo nak vroom-vroom-vroom lumba-lumba tu silakan. Silakan. Teringat plak highway kat mesia tetiba. Sayu! huk huk huk~ :)



Lihat tu, kawan-kawan ai. Senyum macam nak sampai ke telinga. Yups, we were totally eksaited! Walaupun penat gila. Penangan jet lag lagi. Lapar lagi. Aik, lapar je memanjang ai ni. Nak buat macam mana rindu ketupat rendang di rumah terbuka kat Mesia. hehe~

Anyway, ai think sampai sini je lah dahulu. Banyak nak cerita. Banyak nak tulis. Banyak nak membebel lagi. Tapi relax-relax sudah. Yu ols have to wait lah kan. kan. kan.

To be continued...

Wassalam.

Regards - Erinn Zos



PS : Bermimpilah. Kerana Tuhan akan memeluk mimpimu - (diambil dari buku Sang Pemimpi karya Andrea Hirata)

3 comments:

  1. rin...semoga sukses di sana..peluang depan mata..hargai sepenuhnya k (^__^)

    banzai banzai banzai...

    ReplyDelete
  2. waaa...nice ur story...
    xpe2, klu xde y nk follow, yana sntiasa follow ur blog...
    gd luck, dear....
    ;-D

    ReplyDelete
  3. Iliana,

    Terima kasih. InsyaALLAH.♥

    Yana,
    hehe, terima kasih yana! Rindu already. :)
    Yu too, good luck in everthing yu do! :)♥

    ReplyDelete