Pertama. 
Rasa dari dahulu lagi aku telah cuba berjalan untuk melihat ke bawah, meneliti bumi yang bagaimana akan aku berdiri, berpijak dan melangkah. Ini semua atas muhasabah diriku sendiri. Jika boleh, aku tidak mahu dalam berjalan dan menikmati segala yang datang kepadaku, ada insan yang secara tidak sengaja aku sakiti. Ada insan yang termungkir janjinya oleh aku yang fakir malah jelas suka bermimpi. Seakan telah gagal mindaku berfungsi untuk mengambilhati dan menimbangi semua perlakuan, fikiran, dan perasaan yang mereka angkat terhadap aku. Tapi lagi aku cuba belajar menjaga hati manusia, lagi banyak hati yang aku luka. Adakah sewajarnya ia terjadi untuk mengajar aku dan secara langsung juga mengajar hati insan-insan itu. Tentang soal perasaan yang sukar untuk aku faham dan penuh waham. Wajarkah aku fikir diriku sahaja jika ianya lebih membahagiakan dan mematangkan?
Kedua.
Duhai pembaca, Assalamualaikum, maaf terlewat untuk entri kali ini. Agak bizi dengan aktiviti yang padat yang selalu mendatangi. Rebut, itu yang ai selalu buat. Rebut masa. Kejar masa. Kerana ianya tidak akan hadir lagi dalam hidup kita. Jika berpeluang dan berkesempatan, rebut dan kejar semuanya. Biar puas, biar penuh nikmat. Hidup ini singkat, hayati sebaik mungkin. ♥
Amicus optima vitae possessioA friend is the greatest treasure in life.Seorang teman sejati, adalah harta terindah dalam hidup.***
Hari ahad, takde menda nak buat, takkan nak duduk melangut kat rumah kan. Ape kata kita guna masa sebaiknya dengan
monatkarte yang dah bayar berpuluh-puluh
Euro ke Saalburg yang cuma terletak berdekatan di Bad Homburg tu. Hari ahad tu, Tia ngan Ctie Yukiko pergi Frankfurt tengok wayang cite Harry Potter yang terbaru. Memandangkan ai ni bukannya tak minat, minat tu adalah juga, tapi sebab dah ketinggalan ceritanya, jadinya rasa malas nak ikut. Sebab nanti bising
cinema tu asyik ai bertanya orang sebelah je. Tak ke menyusahkan. Hik hik hik. So, ai ngan Ara pun
check-check lah tempat yang kami boleh pergi dekat-dekat area Bad Homburg tu. Lahai, rupa-rupanya ada
Roman fort kat Saalburg tu. Apelagi, kami siap-siap tgk jadual bas semua lepas zohor berangkat kesana. Dari
Bad Homburg Hbf tu cuma naik bus no 5 je.♥

Di hadapan
porta praetoria (main gate), and circuit wall.♥
Statue of Antoninus Pius and inscription referring to Wilhelm II.♥

Kubu zaman roman dulu-dulu. Kasik
pose sikit.♥


Nak masuk
Roman Fort ni cuma perlu bayar
3.50 Euro je
for student preis. Okaylah kan. :)♥

Audaces fortuna iuvat Fortune favors the brave. Keberuntungan berpihak pada para pemberani.
Carpe diemSeize the day.“Raih impianmu hari ini juga”
Pada A.D 90, kubu ini dibina untuk menempatkan
numerus.
Numerus ni adalah unit daripada satu kumpulan bantuan seramai kira-kira 160 orang. Kat atas ni perigi buta. hihi~♥


Hadapan
museum yang asalnya adalah tempat menyimpan gandum.♥

Alatan digunakan untuk berburu dan berperang.
Si vis pacem, para bellumIf you want peace, prepare for war.Jika kamu menginginkan perdamaian,bersiap-siaplah untuk peperangan.
Accept the things to which fate binds you,and love the people with whom fate brings you together,
but do so with all your heart.
- Marcus Aurelius (Roman Emperor)-


Benang yang dugunakan untuk buat baju.
Tengok tu, putih camtu je tau.
Mane de fesyen-fesyen. Hihi~


Kasut dorg. Macam capal je kan. : )♥


Macam fesyen zaman sekarang je.
Pump gitu.
Hik hik hik~ :)


Batu lesung ke hape ni? Wat sambal belacan pun best.
Hik hik hik~♥

Peralatan memasak, ya tuan puan sekalian.♥


Peralatan menulis zaman
roman dulu-dulu. :)♥
Cogito ergo sumI think, therefore I am
Acquiris quodcumque rapis.You reap what you sow.
Tempora mutantur, et nos mutamur in illis.Times are changing and we are changing with them.

Ubicumque Felix. Always happy. Berbahagialah selalu.
De nihilo nihil Nothing comes from nothing-Lucretius-
Et Ipsa Scientia Potestas Est Knowledge is Power Pengetahuan adalah Kekuatan.
Veni-Vidi-ViciI came, I saw, I Conquered.Aku datang, aku lihat, aku menang.

Jums kita tengok ape kat dalam ni. Ada mural bagai. Sila-sila masuk, jangan segan silu, buatlah macam rumah sendiri ye. ♥


Owh, kacaknya! haha~ Patung pun kachak gak ke. Apelah. Okay-okay, yang ini nak tunjuk orang zaman
roman dulu rehat-rehat, lepak-lepak sambil makan anggur gitu. Sambil-sambil tu
gossip-gossip. hehe~ :)♥

Oven zaman
roman dulu. Hihi~ :) ♥

Omnium rerum principia parva sunt.The beginnings of all things are small.-Cicero-
Aspirat primo fortuna labori. Fortune smiles upon our first effort.-Virgil-
True happiness isto enjoy the present,without anxious dependence upon the future-Seneca (Roman philosopher)
Dum vita est, spes est.While life is, hope is.
Berhenti berehat makan
sandwich buatan rumah. Sedap pun sedap. Jimat pun jimat. Hihi~ :) ♥
Ketiga.
***
I'm walking with my head lowered in shame from my place.I'm walking with my head lowered from my race.Yes it's easy to blame everything on the west.When in fact all focus should be on ourselves.***


***
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing.
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling.
*♥*
to be continued...
Regards,
Erinn Zos
sgt suke semua entry sis! t8 cre sis!
ReplyDeleteLiebe Iela,
ReplyDeleteDanke! Ala, entri biasa-biasa je.
Uhuk-uhuk-uhuk.
Okay, yu too, Take care!
Thanx for reading too!
Regards,
Erinn Zos